fbpx
SEBUAH jengkaut digunakan untuk mengangkat pokok kelapa sawit yang menghempap seorang lelaki dalam kejadian di Ladang Kekayaan, Paloh, Kluang petang hari ini. Foto IHSAN BOMBA.

Lelaki maut dihempap pokok kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Seorang lelaki maut selepas dihempap sebatang pokok kelapa sawit yang tumbang secara tiba-tiba ketika berada di Ladang Kekayaan, berhampiran Pekan Paloh, di sini petang hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Bomba Kanan II Yusma Yuzaini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4 petang sebelum lapan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, pasukan bomba tiba di lokasi pada pukul 4.32 petang dan mendapati mangsa dihempap sebatang pokok kelapa sawit yang tumbang.

“Operasi menyelamat agak sukar kerana saiz pokok yang besar menyebabkan pasukan bomba terpaksa mendapatkan bantuan jengkaut (JCB) milik pihak ladang bagi mengangkat pokok tersebut.

“Selain itu, peralatan khas turut digunakan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah batang pokok berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, sebaik mangsa berjaya dikeluarkan, pasukan perubatan yang berada di lokasi mengesahkan lelaki terbabit telah meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya, manakala mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke hospital bagi proses bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN