fbpx
Tangkap layar video menunjukkan lelaki itu santai mengayuh basikal menjulang tinggi di jalan yang sibuk. - TikTok

‘Mungkin dia trauma dikejar anjing’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki di Depok, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian orang ramai apabila mengayuh basikal menjulang tinggi di jalan raya yang sibuk. 

Kejadian berlaku di kawasan Sukmajaya semalam. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @indozone.id menunjukkan lelaki terbabit memperlahankan basikal ketika beberapa kenderaan melintas di hadapannya. 

Lebih mengejutkan, ketinggian basikal itu melebihi ketinggian sebuah van. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 34,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Mungkin dia (lelaki berkenaan) trauma dikejar anjing,” kata seorang netizen. 

“Macam mana turun daripada basikal itu?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN