fbpx
Tangkap layar dua ekor ular yang disangka sebagai lampu sedang bergelut sesama sendiri di atas tanah.

‘Ingat lampu LED atas tanah, rupanya…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Apa yang disangka lampu diod pemancar cahaya (LED)  berkelip di atas lantai rupa-rupanya dua ekor ular yang sedang bergelut sambil berpusing. 

Menerusi satu hantaran di Threads oleh pengguna @mhdam.rl, individu berkenaan pada mulanya menyangka cahaya yang dilihat di atas lantai itu datang daripada lampu LED sebelum menyedari ia sebenarnya dua ekor ular yang sedang bergaduh.

“Aku ingatkan lampu LED mana atas lantai ni, rupanya dua ekor ular yang bergaduh siap berpusing,” katanya.

Hantaran itu mendapat tontonan sebanyak tiga juta penonton dalam tempoh beberapa jam dan dibanjiri komen netizen yang turut terhibur dan mengakui menyangka objek itu merupakan lampu.

“Ya serupa lampu LED, baru nak cari suis matikan,” komen Hanis.

“Macam main kemuncup dekat padang sekolah dulu je, kau putus kau kalah,” tulis seorang lagi pengguna.

“Ada dua ekor rupanya, ingat apa tadi. Silau mata,” komen Wawa. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN