fbpx
Gambar hiasan

Lelaki ditahan cuba seludup rokok ke penjara guna dron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai cuba menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang menggunakan dron berdasarkan arahan lokasi yang diberikan oleh seorang banduan melalui telefon bimbit.

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Halim Abas berkata, suspek berusia 45 tahun ditahan bersama isterinya, 27, dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Taman Keris Satria, Sungai Udang kira-kira pukul 1.20 pagi pada 15 Julai lalu.

Menurutnya, tangkapan dilakukan selepas sistem pengesan dron milik Jabatan Penjara Malaysia mengesan tiga kali penerbangan dron memasuki kawasan Penjara Sungai Udang sebelum berlegar di atas bangunan bengkel kulinari dan berpatah balik ke lokasi asal.

“Hasil siasatan mendapati dron jenis Air 2S itu diterbangkan dari rumah sewa suspek yang terletak kira-kira 313 meter dari kawasan penjara.

“Soal siasat mendapati suspek lelaki mengaku menerbangkan dron bagi meninjau lokasi sesuai untuk menyeludup tembakau yang dijadualkan dihantar pada malam tersebut kepada seorang banduan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut beliau, suspek turut mengaku banduan terbabit telah menghubunginya menggunakan telefon bimbit dan memaklumkan lokasi untuk menjatuhkan tembakau di Blok Berkat di dalam penjara.

Katanya, pihak penjara kini sedang menjalankan siasatan bagi mengesan banduan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan berkenaan.

Tambah Halim, kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana melakukan pencerobohan dan Seksyen 58 Akta Penjara 1955. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN