fbpx
Tangkap layar kawasan Alam Budiman dinaiki air petang ini.

Jalan Alam Budiman dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Laluan di sekitar Alam Budiman, Shah Alam dilaporkan dinaiki air susulan hujan lebat petang ini.

Menerusi perkongsian di media sosial, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.

Pemandu kenderaan yang diubah suai rendah atau lowered/stance concept turut diminta menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kenderaan terkandas.

Seorang pengguna media sosial, Mohd Helmiz memaklumkan, hujan lebat turut berlaku di Lebuh Raya Persekutuan serta sekitar Puchong.

“Federal pun (hujan) lebat kaw-kaw, Puchong pun lebat. Rider (penunggang motosikal) pakai baju hujan, tapi basah teruk sebab kereta langgar lopak air,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN