fbpx
ANWAR bersalaman dengan anak-anak tahfiz ketika hadir di Masjid Dato Penghulu Menteri Sungei Ujong (Masjid Kuarters KLIA) di Nilai hari ini. Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL/KOSMO!

PM syukur inflasi terus terkawal meskipun berdepan PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kesyukuran apabila kadar inflasi negara terus menunjukkan trend lebih perlahan meskipun kerajaan berdepan dengan suasana pilihan raya.

“Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,” katanya ringkas sebagai mengulas perkembangan inflasi negara.

Beliau terdahulu menyempurnakan solat Jumaat bersama-sama lebih 1,000 jemaah di Masjid Dato Penghulu Menteri Sungei Ujong (Masjid Kuarters KLIA) di Nilai hari ini.

Hari ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Jun 2026 berbanding tempoh sama tahun lalu, namun lebih rendah berbanding 2.0 peratus yang direkodkan pada Mei 2026.

Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat kepada 137.1 mata daripada 134.5 mata pada Jun 2025.

DOSM memaklumkan, peningkatan inflasi pada Jun didorong terutamanya oleh kumpulan Pengangkutan, namun kadar kenaikannya lebih sederhana berbanding bulan sebelumnya.

Dari segi bulanan, inflasi keseluruhan pada Jun 2026 kekal mendatar berbanding Mei selepas merekodkan peningkatan 0.1 peratus pada bulan sebelumnya.

Bagi suku kedua 2026 pula, inflasi meningkat kepada 1.9 peratus berbanding 1.6 peratus pada suku pertama tahun ini, dipacu antaranya oleh kumpulan Insurans dan Perkhidmatan Kewangan, Pengangkutan serta Minuman Alkohol dan Tembakau.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi PRN Negeri Sembilan pada 18 Julai, diikuti pengundian awal 28 Julai dan hari pengundian pada 1 Ogos.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN