fbpx
MESSI mengumpul lapan gol bersama Mbappe, namun memiliki kelebihan bantuan jaringan dan gol pada pertemuan menentang Sepanyol bakal mengesahkan kejayaannya. - AFP

Piala Dunia 2026: Messi diramal mampu rangkul gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Kapten Argentina, Lionel Messi berada di landasan terbaik untuk merangkul Anugerah Kasut Emas Piala Dunia 2026 selepas membantu Argentina mara ke pentas final hasil kemenangan 2-1 ke atas England pada aksi separuh akhir.

Kapten Argentina berusia 39 tahun itu kini berkongsi kedudukan teratas senarai penjaring bersama penyerang Perancis, Kylian Mbappe apabila kedua-duanya sudah meledak lapan gol sepanjang kejohanan.

Namun, Messi memiliki kelebihan dihadapan apabila sudah mencatat empat bantuan gol berbanding tiga yang direkodkan Mbappe, sekali gus meletakkannya di kedudukan teratas mengikut peraturan penentuan pemenang Kasut Emas.

Anugerah Kasut Emas diberikan kepada pemain yang menjaringkan gol terbanyak pada Piala Dunia dengan jumlah bantuan gol menjadi pemisah sekiranya berlaku seri sebelum mengambil kira jumlah minit permainan.

Ramalan superkomputer sebelum ini turut memihak kepada Messi apabila memberikan peluang 54 peratus untuk muncul penjaring terbanyak kejohanan.

Messi kini hanya memerlukan satu lagi aksi final menentang Sepanyol untuk mengesahkan statusnya, manakala Mbappe masih berpeluang memintasnya apabila Perancis berdepan England dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.

Sekiranya Mbappe gagal menambah jaringan dalam aksi itu, peluang Messi untuk menjulang Kasut Emas buat kali pertama dalam kariernya dilihat semakin cerah.

Selain Mbappe, dua tonggak England, Harry Kane dan Jude Bellingham yang masing-masing mengumpul enam gol turut masih berpeluang, namun mereka perlu menghasilkan aksi luar biasa untuk memintas kapten Argentina itu.

Kejayaan merangkul Kasut Emas bakal melengkapkan lagi karier gemilang Messi, selain berpeluang mempertahankan kejuaraan dunia bersama Argentina selepas muncul juara pada edisi 2022 di Qatar. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN