fbpx
RAMPASAN oleh polis selepas melakukan serbuan di dua lot kedai di Persiaran SIBC, Bandar Seri Iskandar di Parit semalam.

Curi elektrik, polis rampas 62 mesin bitcoin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIT BUNTAR – Polis merampas 62 unit mesin perlombongan bitcoin dalam serbuan di dua buah lot kedai di Persiaran SIBC 8, Bandar Seri Iskandar, di sini semalam.

Operasi bermula pukul 1.40 petang itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah dengan kerjasama pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cawangan Utara.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, operasi itu dijalankan hasil risikan dan maklumat berhubung kegiatan penyambungan elektrik secara haram di kawasan Seri Iskandar.

Katanya, dalam serbuan itu, polis merampas 62 mesin perlombongan bitcoin jenama Avalon Miner, dua unit internet router Huawei TD LTE, empat unit desktop switch dan dua gulung kabel elektrik.

“Hasil pemeriksaan mendapati dua premis di Persiaran SIBC 8 itu dijadikan sebagai lokasi perlombongan bitcoin dan menggunakan sambungan bekalan elektrik secara haram tanpa meter elektrik yang sah daripada TNB.

“Anggaran kerugian penggunaan arus elektrik sepanjang kegiatan itu dijalankan dianggarkan mencecah RM60,000 berdasarkan penilaian pihak TNB,” katanya di sini hari ini.

Katanya, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan usaha mengesan suspek dan mengenal pasti pemilik premis sedang giat dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN