fbpx
NOR AISHAHKILA didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas tuduhan membunuh bayi yang baru dilahirkannya dengan cara membuang anak dari tingkap sebuah hotel di Bukit Indah, Iskandar Puteri, awal bulan ini.

Remaja Rohingya campak bayi berdepan hukuman gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang remaja perempuan etnik Rohingya berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi yang baru dilahirkannya, awal bulan ini.

Tertuduh, Nor Aishahkila Hussein, 19, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A. Shaarmini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan setelah ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, remaja perempuan itu telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dengan cara mencampakkan bayi tersebut melalui tingkap sehingga jatuh ke lorong di bawah bangunan dan menyebabkan kematiannya.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah bilik hotel di tingkat dua di Jalan Idaman 9/1,
Business Presint 8, Taman Nusa Idaman, di sini pada pukul 1.28 pagi, pada 5 Julai lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Anis Shafeeqah Mohd. Shariffudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap remaja perempuan tersebut dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) itu ditahan di Penjara Simpang Renggam, Kluang sehingga kes disebut semula.

Mahkamah menetapkan 18 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN