fbpx
Keadaan terkini Muhammad Haziq selepas motosikal yang ditunggang merempuh belakang sebuah traktor di Jalan Ranggon, Kerteh, Kemaman pada 1 Julai lalu.

Anak bujang hanya mampu buka mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Luluh hati pasangan suami isteri apabila melihat keadaan anak lelaki mereka yang sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kemaman selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Ranggon, Kerteh, di sini 1 Julai lalu.

Kejadian berlaku apabila Muhammad Haziq Osman, 21, yang menunggang motosikal merempuh belakang traktor.

Ibunya, Arinab Mohd. Zin, 46, berkata, anaknya mungkin tidak perasan kehadiran jentera itu kerana ia bergerak perlahan tanpa lampu pada waktu malam ketika cuaca hujan lebat.

“Kemalangan ini menjadi mimpi ngeri buat kami sekeluarga kerana anak saya mengalami banyak kecederaan. Kedua-dua kaki, tulang belakang dan lehernya patah, manakala jari manisnya putus selain pendarahan dalam paru-paru,” katanya kepada Kosmo!.

Menurut wanita itu, hatinya pilu ke­rana anak sulung daripada empat beradik itu setakat ini hanya mampu membuka mata.

Bapa Muhammad Haziq, Osman Hashim, 46, pula berkata, anak­nya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan baru selesai menjalani pembedahan tulang kakinya.

Pemuda itu dijangka menjalani pembedahan tulang belakang, leher dan paru-paru selepas ini.

“Saya dimaklumkan kos setiap pembedahan itu menelan belanja RM13,500. Jujur saya cakap jumlah itu agak besar dan di luar kemampuan kami,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga itu boleh menyumbang menerusi akaun bank Bank Islam atas nama Arinab bernombor 13044020964917 atau menghubu­nginya di talian 011-3749 9063.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN