fbpx
Suasana di Tasik Barat, Taman Tasik Shah Alam.-Foto AFIQ RAZALI/KOSMO!

Ikan patin Siam perlu ditangkap semula sebelum 26 Julai – Exco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kesemua ikan patin Siam yang dilepaskan ke Tasik Barat, Taman Tasik Shah Alam di sini, akan ditangkap semula sebelum Festival Memancing Agro Selangor 2026 pada 26 Julai ini.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim berkata, penganjur program itu mengakui kesilapan dan memberi komitmen menangkap spesies ikan asing berkenaan dengan jaring serta kaedah lain.

Jelas beliau, pihak berkenaan turut menjalankan proses saringan bagi memastikan hanya spesies ikan yang dibenarkan berada di tasik tersebut.

“Saya dimaklumkan bahawa mereka sedang berusaha menangkap semula semua ikan patin Siam berkenaan. Mereka memberi komitmen menyelesaikan perkara itu dan kita akan pastikan proses tangkapan semula dibuat secepat mungkin,” katanya hari ini.

Tambah Izham, spesies ikan asing itu patin Siam atau patin Chao Phraya dan bukannya patin buah seperti yang didakwa pada peringkat awal.

“Patin itu merupakan spesies yang bersaiz besar dan tidak sepatutnya dilepaskan ke tasik bagi tujuan pertandingan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN