fbpx
Mangsa yang maut selepas dilanggar jentera berat jenis shovel wheel loader ketika melintas di kawasan kilang di Ladang Gaddes, Jempol petang tadi. -IHSAN POLIS

Lelaki maut dilanggar jentera berat ketika melintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Seorang lelaki maut selepas dilanggar jentera berat jenis shovel wheel loader ketika melintas di kawasan kilang di Ladang Gaddes, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar berkata, dalam kejadian pukul 6.35 petang itu, mangsa yang berusia 53 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu jentera seorang lelaki berusia 29 tahun sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan buah kelapa sawit.

“Mangsa yang berusia 53 tahun dipercayai melintas di laluan jentera tersebut sebelum dilanggar,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Menurut Norhisham, pemandu jentera tidak mengalami sebarang kecederaan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN