JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Lampung Timur, wilayah Lampung nekad menggunakan kulit kerang untuk menutup jalan berlubang sebagai penyelesaian sementara, lapor laman berita Detik News.
Kejadian berlaku di Desa Srigading, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan orang ramai mengangkat sejumlah cengkerang daripada lori sebelum ditaburkan ke jalan yang dipenuhi batu tajam.
Penduduk tempatan, Lia Esyantri berkata, batu-batu tersebut menyebabkan tayar motosikal pancit sekali gus membahayakan penunggang.
“Jika ditutup dengan cangkerang, ia lebih selamat. Lama-lama cangkerang itu akan hancur dan permukaan jalan menjadi lebih licin.
“Kulit kerang itu diperoleh secara percuma daripada warga setempat yang bekerja sebagai pengupas kerang,” kata Lia.
Walaupun ia menjadi penyelesaian sementara, mereka berharap agar pihak berkuasa dapat menurap jalan dengan segera. – AGENSI















