fbpx
Gambar hiasan.

Penjenayah siber kebas RM3.8 bilion sejak 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 95,638 kes jenayah penipuan dalam talian telah direkodkan sepanjang tahun 2025 hingga Mei lalu dengan kerugian keseluruhan mencecah RM3.80 bilion.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 66,204 kes direkodkan sepanjang tahun lalu melibatkan kerugian berjumlah RM2.97 bilion.

“Sementara itu, bagi tempoh Januari hingga Mei 2026, sebanyak 29,434 kes telah direkodkan dengan nilai kerugian berjumlah RM827.73 juta.

“Kerugian besar ini merangkumi pelbagai modus operandi digital, termasuklah phone scam, love scam, jenayah e-dagang dan e-kewangan, serta sindiket pinjaman dan pelaburan tidak wujud,” katanya dalam jawapan bertulis yang dimuat naik menerusi laman rasmi Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Yeo Bee Yin (PH-Puchong) mengenai statistik terkini kes penipuan dalam talian bagi tahun 2025 dan 2026 serta nilai kerugian kewangan serta peratusan kadar pemulihan wang yang berjaya dipulangkan semula kepada mangsa.

Sementara itu dari segi pemulihan dana mangsa, Saifuddin Nasution berkata, berdasarkan statistik tahun 2025, RM6.65 juta atau 38 peratus daripada RM17.49 juta wang yang disita berjaya dipulangkan kepada mangsa.

“Bagi tempoh Januari sehingga Mei tahun ini pula, sebanyak RM3.57 juta atau 49 peratus daripada RM7.25 juta dana yang disita telah berjaya dipulangkan semula kepada mangsa.

“Peningkatan peratus pemulangan dana ini membuktikan bahawa fungsi Pusat Respons Scam Kebangsaan sebagai pusat respons scam nasional semakin efektif dan semakin dipercayai rakyat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN