fbpx
TORRES mungkin dilepaskan oleh Barcelona untuk mengelak mereka dikenakan bayaran klausa tambahan. - AFP

La Liga: Punca Barcelona perlu lepaskan Torres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Barcelona dilapor sedia melepaskan Ferran Torres pada jendela perpindahan musim panas ini meskipun penyerang itu masih berada pada kemuncak prestasi, dengan faktor kewangan menjadi punca utama keputusan tersebut.

Pemain antarabangsa Sepanyol berusia 26 tahun itu kini menjadi buruan dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspur dan Arsenal selepas Barcelona dilaporkan bersedia menerima tawaran sekitar €35 juta (RM162.5 juta).

Menurut laporan, keputusan itu bukan semata-mata kerana kontrak Torres hanya berbaki setahun, sebaliknya Barcelona mahu mengelak daripada membayar klausa tambahan kepada bekas kelabnya, Manchester City.

Sekiranya kontrak Torres diperbaharui, Barcelona difahamkan perlu menjelaskan bayaran sekitar €8 juta (RM37.1 juta) kepada City, sekali gus meningkatkan jumlah keseluruhan perpindahan pemain itu kepada €73 juta (RM338.8 juta).

Torres yang menyertai Barcelona pada 2022 membuktikan kemampuannya apabila meledak 91 gol serta mencipta 44 bantuan jaringan dalam 359 penampilan di peringkat kelab, selain menjaringkan 24 gol dalam 63 aksi bersama skuad kebangsaan Sepanyol.

Presiden Barcelona, Joan Laporta bagaimanapun masih enggan mengesahkan khabar angin mengenai masa depan Torres selain menegaskan pemain tersebut kekal berada dalam perancangan kelab.

“Saya ada mendengar mengenai perkara itu, tetapi kami tidak mempunyai sebarang pengesahan. Ferran masih pemain Barcelona.

“Dia juga sedang beraksi dengan sangat baik bersama Sepanyol. Setiap kali diturunkan, dia sentiasa memberikan ancaman. Hantaran kepada Mikel Merino sebelum ini juga sangat berkualiti,” katanya.

Meskipun Laporta cuba meredakan spekulasi tersebut, Barcelona difahamkan masih cenderung menjual Torres sebaik saingan Piala Dunia berakhir bagi mengurangkan beban kewangan, dengan Arsenal dan Tottenham kini berada di kedudukan terbaik untuk mendapatkan khidmatnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN