fbpx
Jalur Gemilang kelihatan dalam aksi semi final awal pagi tadi.

Kelibat Jalur Gemilang di ‘semi final’ antara Perancis, Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kehadiran Jalur Gemilang yang berkibar di Stadium AT&T, Dallas ketika aksi separuh akhir Piala Dunia FIFA 2026 antara Perancis dan Sepanyol mencuri perhatian netizen Malaysia.

Menerusi beberapa gambar yang tular di media sosial, bendera Malaysia jelas kelihatan digantung di tempat duduk penonton bersama beberapa bendera negara lain sehingga mengundang pelbagai reaksi.

Seorang pengguna media sosial secara berseloroh mengajak individu yang membawa Jalur Gemilang itu tampil memperkenalkan diri.

“Siapa orang Malaysia yang dekat stadium game France vs Spain ni? Munculkan diri sikit bang.

“Terima kasih jadi wakil rakyat Malaysia macam saya yang tak mampu tengok kat stadium,” tulisnya.

Perkongsian itu menerima ribuan tanda suka dan komen, dengan ramai netizen cuba meneka identiti penyokong berkenaan.

Ada yang menyifatkan kehadiran Jalur Gemilang di pentas bola sepak paling berprestij dunia sebagai sesuatu yang membanggakan, manakala segelintir lagi berseloroh meminta pemilik bendera berkongsi pengalaman menyaksikan perlawanan secara langsung.

Setakat ini, identiti penyokong Malaysia yang membawa Jalur Gemilang ke stadium berkenaan masih belum diketahui. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN