PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di enam negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.
MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat ialah seluruh Perlis, Pulau Pinang, Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda di Kedah, selain Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Manjung di Perak.
Di Kelantan, amaran melibatkan daerah Gua Musang, manakala di Sarawak membabitkan Sri Aman, Kapit (Kapit) dan Tatau di Bintulu.
Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.
“Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada pukul 9 pagi tadi.
Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya berwaspada dan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE















