fbpx
Majlis Pengumuman Calon PH PRN Negeri Sembilan di Dataran Melang, yang berlangsung sebentar tadi. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

PRN N. Sembilan: ‘Calon kita ada ustazah, peguam, anak peneroka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyeru semua pihak agar mengekalkan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke- 16 pada 1 Ogos ini.

Beliau berkata, kesemua 36 calon yang diperkenalkan pada malam ini adalah pasukannya untuk mencorak kegemilangan Negeri Sembilan.

Katanya, calon yang bakal merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman.

“Ada yang muda, ada yang tua, ada ustaz, ada ustazah, ada peguam, ada akauntan, ada anak peneroka, generasi kedua. Insya Allah yang ada harini pasukan saya untuk Negeri Sembilan akan datang,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan barisan 36 calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke- 16 pada 1 Ogos ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN