fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat di 8 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak hingga pukul 6 petang.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat dijangka melanda di negeri sebelah utara termasuk Kedah (Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim), dan Pulau Pinang (Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah).

“Amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka di Pahang (Bera dan Rompin), Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin), Melaka (Jasin) dan Johor (Tangkak dan Segamat).

“Bagi negeri Sabah pula keadaan cuaca buruk dijangka melanda kawasan pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat),” jelasnya.

Turut terlibat ialah beberapa kawasan di Sarawak iaitu Sibu (Selangau), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN