fbpx
WHARTON

EPL: Peluang besar Chelsea ikat Wharton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Chelsea kini menjadi satu-satunya kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang masih serius memburu khidmat pemain tengah Crystal Palace, Adam Wharton selepas beberapa pencabar lain menarik diri daripada perlumbaan.

Pemain berusia 22 tahun itu sebelum ini menjadi antara sasaran utama pada jendela perpindahan musim panas, namun tanda harga tinggi yang ditetapkan Palace menyebabkan minat beberapa kelab mula pudar.

Tottenham Hotspur dilapor sudah menarik diri selepas memperuntukkan dana besar untuk mendapatkan Mateus Fernandes dan Sandro Tonali.

Liverpool turut mengubah haluan biarpun sebelum ini bersedia mengemukakan tawaran melebihi £70 juta (RM381 juta), susulan perubahan strategi perpindahan kelab.

Manchester United juga tidak lagi berminat apabila enggan memenuhi nilai perpindahan yang diminta Palace.

Difahamkan, Palace meletakkan harga hampir £116 juta (RM631 juta), iaitu nilai yang hampir menyamai perpindahan Anderson ke Manchester City.

Bagaimanapun, Chelsea masih berhubung dengan wakil Wharton bagi meneliti peluang mendapatkan pemain itu, meskipun rundingan dijangka sukar disebabkan tuntutan tinggi Palace.

Perpindahan pemain tengah berbakat itu masih belum boleh dianggap tertutup sepenuhnya kerana sebarang perubahan sebelum jendela perpindahan ditutup mampu mengubah keadaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN