fbpx
PENUNGGANG motosikal berkuasa tinggi maut selepas merempuh sebuah kereta di persimpangan Taman Bandar Cendana, Lencongan Timur di Sungai Petani, hari ini.

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut rempuh kereta langgar lampu isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas merempuh sebuah kereta yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah di persimpangan Taman Bandar Cendana, Lencongan Timur di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 9 pagi itu, mangsa yang berusia 49 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan menghala ke Padang Temusu, manakala kereta Perodua Myvi dipandu wanita berusia dalam lingkungan 20-an pula datang dari arah bertentangan.

“Sebaik tiba di simpang lampu isyarat berkenaan, pemandu kereta terus membelok ke kanan ketika lampu isyarat merah.

“Penunggang motosikal yang bergerak lurus merempuh sisi kiri kereta sehingga terbalik. Rempuhan itu menyebabkan mangsa terjatuh dan disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk dibedah siasat. Pemandu kereta yang cedera turut dibawa ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan.

“Siasatan mendapati kejadian berpunca akibat kecuaian pemandu Perodua Myvi yang melanggar lampu isyarat dan cuai ketika memasuki simpang,” ujarnya.

Hanyan meminta pengguna jalan raya yang mempunyai rakaman kejadian tampil membantu pihaknya bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN