fbpx
Fadhlina diiringi Kelvin (tiga dari kiri) pada Majlis Pecah Tanah SJK (T) Ladang Labu Bahagian 4 di Labu, hari ini. FOTO oleh NUR SHARIEZA ISMAIL/ KOSMO!

KPM pastikan tiada sekolah ketinggalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Sistem semua jenis sekolah di negara ini terus diperkukuhkan menerusi pelbagai inisiatif bagi memastikan setiap murid mendapat akses kepada pendidikan berkualiti.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ia merangkumi Sekolah Bantuan Kerajaan dan vernakular.

Katanya, kerajaan mahu memastikan tiada murid tercicir atau dinafikan hak pendidikan selaras dengan keutamaan sektor pendidikan di bawah Kerajaan Madani.

“Sekolah vernakular dipertahankan di bawah Akta Pendidikan 1996 dan kerajaan akan terus memberi perhatian kepada semua jenis sekolah tanpa mengira aliran.

“Murid tidak boleh tertinggal atau dipinggirkan dalam konteks pendidikan. Komitmen kita ialah memastikan pendidikan menjadi keutamaan nombor satu,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Labu Bahagian 4 di Labu, hari ini.

Menurut Fadhlina, kerajaan memperuntukkan RM25.8 juta bagi melaksanakan Inisiatif Perabot Madani di 362 SJKT, smartboard di (388) serta Program Kalvi Madani bagi menyokong pembelajaran murid daripada keluarga B40. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN