fbpx
Anwar

Zon Ekonomi Sempadan Malaysia-Thailand buka laluan baharu perdagangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pembangunan Zon Ekonomi Sempadan Malaysia-Thailand dijangka menjadi pemangkin kepada peningkatan perdagangan, pelaburan serta peluang pekerjaan khususnya di negeri-negeri utara Semenanjung yang selama ini dilihat kurang menerima limpahan pembangunan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangunan itu merupakan sebahagian daripada strategi pembangunan wilayah di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang memberi tumpuan kepada kawasan sempadan melibatkan Perlis, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan utara Perak.

Menurutnya, kerjasama dengan Thailand turut membuka peluang baharu apabila sekatan kastam bagi barangan Malaysia ke Laos, Kemboja dan Vietnam dipermudah, sekali gus meningkatkan potensi eksport negara khususnya dalam sektor pertanian dan perikanan.

“Sekarang ini kita berikan laluan barang makanan dan perikanan dari Thailand melalui Semenanjung ke Singapura.

“Sebelum ini barang dari Malaysia tidak dapat melepasi beberapa sekatan kastam Thailand ke Laos, Kemboja dan Vietnam, namun dengan perjanjian baharu ini peluang perdagangan Malaysia akan bertambah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Haji Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) yang meminta kerajaan menjelaskan manfaat ekonomi pembangunan Zon Ekonomi Sempadan Malaysia-Thailand serta mekanisme memastikan manfaat itu dinikmati perusahaan kecil dan komuniti setempat.

Anwar berkata, antara projek utama yang diberi tumpuan ialah Chuping Valley Industrial Area, Kulim Hi-Tech, Perlis Inland Port (PIP), Kedah Rubber City, Bukit Kayu Hitam, pembinaan jambatan Sungai Golok serta pembangunan Rantau Panjang.

Menurutnya, kerajaan turut memperuntukkan RM327 juta bagi pembangunan PIP yang berfungsi sebagai hab logistik strategik menghubungkan Malaysia dengan Laos menerusi fasa pertama berkapasiti 300,000 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU).

Katanya, projek-projek tersebut juga disokong oleh peluasan laluan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sehingga ke sempadan Malaysia-Thailand bagi memperkukuh jaringan perdagangan serantau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN