fbpx
Gambar hiasan.

Wanita bawa bom mortar ke balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Sepasang suami isteri dikejutkan dengan penemuan dua objek menyerupai bom ketika mengemas stor rumah keluarganya di Taman Bagan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan yang hadir ke Balai Polis Butterworth dengan membawa kedua-dua objek berkenaan yang ditemui di dalam stor rumah mendiang bapanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati objek tersebut ditemui ketika keluarga berkenaan mengemas stor yang menyimpan pelbagai barangan lama milik mendiang bapanya yang meninggal dunia pada Disember tahun lalu.

“Rumah berkenaan sebelum ini didiami ibu dan bapa wanita itu yang masing-masing berusia sekitar 60-an. Stor tersebut dipercayai digunakan untuk menyimpan barangan lama sejak kira-kira 20 tahun lalu dan rumah itu tidak lagi didiami selepas kematian bapanya.

“Saksi juga memaklumkan mereka tidak mengetahui kewujudan objek menyerupai bom tersebut sebelum ia ditemui ketika kerja-kerja mengemas dijalankan,” katanya.

Menurut Anuar, pemeriksaan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang mengesahkan kedua-dua objek itu ialah bom mortar latihan milik tentera yang tidak mengandungi bahan letupan serta tidak mendatangkan sebarang bahaya.

Katanya, objek berkenaan telah diserahkan kepada UPB untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN