PETALING JAYA – Yes Travel & Holidays Sdn. Bhd. (Yes Travel) membawa pengalaman baharu kepada 95 pelajar dari Yayasan Dignity for Dignity for Children Foundation (Dignity) untuk sesi pembelajaran melangkaui bilik darjah dengan melawat pendidikan ke Farm In The City, Seri Kembangan, Selangor.
Dignity adalah sebuah organisasi bukan kerajaan yang berdedikasi untuk menyediakan pendidikan berkualiti dan penjagaan holistik kepada kanak-kanak miskin bandar di Kuala Lumpur
Pengarah Urusan Yes Travel, Angela Mak berkata, pihaknya tidak dapat mengubah keadaan setiap kanak-kanak dalam sekelip mata, tetapi pastinya kanak-kanak itu berhak mendapat peluang untuk belajar, meneroka dan menemui sesuatu yang baharu.
“Jika hari ini, kami telah membawa senyuman, mencetuskan rasa ingin tahu atau memberi inspirasi kepada seorang kanak-kanak untuk bermimpi lebih besar, maka kami telah mencapai sesuatu yang benar-benar bermakna.
“Kami berharap pengalaman ini mengingatkan kanak-kanak ini bahawa terdapat dunia yang lebih besar yang menunggu untuk diterokai dan mereka akan terus percaya pada diri mereka sendiri dan peluang yang ada di hadapan,” katanya dalam kenyataan.

Mak menjelaskan, sepanjang hari, para pelajar melibatkan diri dalam beberapa aktiviti interaktif di Farm In The City, yang mana mereka berpeluang memberi makan haiwan ternakan, memerhati hidupan liar dari dekat dan meneroka persekitaran semula jadi taman.
Gelak ketawa dengan penuh kegembiraan membawa satu pengalaman menarik buat mereka yang pertama kali berkunjung ke taman tersebut malah ia berjaya mengubah mood pembelajaran mereka berbanding pada hari persekolahan biasa bertukar menjadi pengembaraan pembelajaran yang tidak dapat dilupakan.
Selain menemui alam semula jadi dan hidupan liar, pengalaman itu menggalakkan rasa ingin tahu, membina keyakinan dan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk menerima pengalaman baharu di luar rutin harian mereka.
Lebih penting lagi, ia mengingatkan mereka bahawa pembelajaran boleh berlaku di mana-mana sahaja apabila mereka diberi peluang untuk meneroka, bertanya soalan dan menemui dunia di sekeliling mereka. -KOSMO! ONLINE















