fbpx
Pasukan Petugas Khas Wilayah Pattani merampas sebanyak 200 kilogram dadah jenis syabu yang cuba diseludup ke Malaysia di Mo Kaeng, Nong Chik dekat Pattani, Thailand semalam.

Tak sempat seludup 200kg syabu lebih RM10 juta ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PATTANI, THAILAND – Cubaan sindiket untuk menyeludup sebanyak 200 kilogram syabu bernilai RM10.27 juta ke Malaysia gagal selepas trak pikap yang membawa barang terlarang itu ditahan Pasukan Petugas Khas Wilayah Pattani di Mo Kaeng, Nong Chik di sini semalam.

Kenderaan tersebut ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari selepas pihak berkuasa menerima maklumat berhubung penyeludupan dadah di kawasan berkenaan.

Jurucakap Biro Pencegahan Narkotik Polis Wilayah Pattani berkata, pemeriksaan lanjut ke atas trak pikap itu menjumpai sebanyak 11 kotak mengandungi 200 blok dengan setiap satunya seberat satu kilogram.

“Pemandu kenderaan berusia 28 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Suspek mendedahkan bahawa kesemua dadah itu akan dihantar kepada satu kumpulan lain di Sungai Golok, Wilayah Narathiwat dekat sini,” katanya ketika dihubungi di sini.

Jurucakap itu memberitahu, dadah tersebut dipercayai akan diseludup ke Malaysia melalui kawasan hutan. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN