fbpx
Syed Saddiq bersama keluarganya selepas keputusan di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Ada drama sebelum Syed Saddiq bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin menambah debaran hadirin di Mahkamah Persekutuan di sini hari ini apabila menyelitkan jenaka semasa memberikan respons ketika keputusan terikat 1-1 daripada hakim yang bersidang.

Suasana penuh debaran menyelubungi mahkamah apabila panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais bersama dua Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah mengeluarkan pendapat berbeza dalam penghakiman mereka.

Terdahulu, Hakim Abu Bakar dan Hakim Che Mohd. Ruzima mengemukakan pandangan yang bertentangan terhadap pertuduhan Syed Saddiq sekali gus meletakkan tanggungjawab membuat keputusan muktamad kepada Hakim Collin Lawrence.

Usai itu, pendakwaan yang diwakili Wan Shaharuddin kemudian memberikan respons yang diselitkan dengan sedikit jenaka dengan berkata, “Saya nak pergi tandas,” sebelum Hakim Abu Bakar mengulas bahawa pihak pendakwaan ‘mengekalkan suasana debaran’ itu.

Prosiding itu membuatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kekal dibebaskan atas empat pertuduhan berhubung dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Ia selepas kes itu mendapat keputusan majoriti 2-1 oleh hakim yang bersidang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN