PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menzahirkan penghargaan kepada tunangnya juga pelakon dan penyanyi, Bella Astillah apabila sentiasa berada di sisinya dari awal berdepan pendakwaan di mahkamah.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman 33, bersyukur bakal teman hidupnya itu ada bersamanya dari waktu dirinya merupakan salah seorang pesalah.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tunang saya dan setia bersama. Bukan mudah ye kerana sebelum dia bersama dengan saya, saya merupakan pesalah.
“People forget that (orang lupa) di mahkamah, sebelum kemenangan 3-0 di Mahkamah Rayuan, saya merupakan salah seorang pesalah.
“Tetapi Bella tetap bersama dan alhamdulillah pada hari ini saya tidak perlu berjalan dengan beban dan jasanya,” katanya sidang media selepas keputusan rayuan akhir terhadap pendakwaannya di Istana Kehakiman, di sini, hari ini.
Bekas Menteri Belia dan Sukan yang dibebaskan sepenuhnya turut berkongsi berita gembira di mana ibu bapanya sudah memberi respons positif untuk mereka meneruskan perancangan perkahwinan.
“Dan tadi bila saya turun selepas buat sujud syukur, tadi ayah dengan ibu dah memberikan signal yang positif supaya dapat meneruskan (perkahwinan) selepas ini,” ujarnya.
Pada masa sama, Syed Saddiq mengakui kini dapat menarik nafas lega apabila keputuran rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasannya berpihak kepada dirinya.
Ahli politik itu dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan dan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta, selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pendakwaan.
Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella Astillah mengikat tali pertunangan pada 28 March lalu. – KOSMO! ONLINE















