fbpx
Trak polis dipercayai membawa suspek kes tikam pelajar ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Kuala Langat sebelum ini.. Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

Salah laku murid di Rawang, JPN Selangor sedia beri kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis berhubung siasatan insiden salah laku melibatkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah menengah di Rawang yang tular di media sosial baru-baru ini.

JPN Selangor dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengambil perhatian serius mengenai penularan video berkenaan demi memelihara keselamatan dan kesejahteraan murid.

“JPN Selangor tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku dan tidak akan melindungi mana-mana pihak yang didapati bersalah.

“Sesiapa sahaja yang didapati bersalah akan diambil tindakan tegas selaras dengan peraturan sedia ada,” tulis kenyataan tersebut.

Orang ramai juga dinasihatkan agar menghormati proses siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN