fbpx
Kor Ming (empat dari kanan) bersama mangsa-mangsa ribut pada Program Pemberian Wang Ehsan Bencana Ribut Bercham di Ipoh hari ini.

Kor Ming enggan ulas isu letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai kenyataannya sebelum ini berkaitan kesediaan meletakkan jawatan, sebaliknya menegaskan komitmennya untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Beliau berkata, tumpuannya ketika ini adalah untuk membantu mangsa yang terjejas akibat bencana selain memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian.

“Hati saya benar-benar bersama rakyat. Saya dapat merasai kesakitan dan kesusahan mereka.

“Saya kekal komited untuk bekerja, berkhidmat dan berjasa kepada rakyat. Ini adalah komitmen saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Pemberian Wang Ehsan Bencana Ribut Bercham di Kampung Bercham di sini, hari ini.

Sementara itu, Nga berkata kerajaan menyalurkan Bantuan Wang Ehsan Bencana berjumlah RM1 juta kepada 554 keluarga yang terjejas akibat kejadian ribut di Bercham.

Menurutnya, bantuan itu mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam memastikan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum atau latar belakang terus diberi perhatian.

“Ini tanda keprihatinan Kerajaan MADANI yang menjaga rakyat dan fokus kepada keselamatan rakyat.

“Usaha murni sedemikian patut kita berikan fokus dan juga keprihatinan,” katanya.

Terdahulu, Nga dilaporkan berkata beliau akan menjadi individu pertama meletakkan jawatan sekiranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dibebaskan tanpa disabitkan sebarang kesalahan.

Pada masa sama, beliau turut membayangkan DAP akan menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan sekiranya perkara itu berlaku kerana ia merupakan “garis merah” parti berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN