fbpx
Mohd Youzami

[TIDAK RASMI] Youzaimi menang bergaya di DUN Tenggaroh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Calon Barisan (BN), Mohd Youzami Yusof menang bergaya di kerusi DUN Tenggaroh apabila mendapat majoriti besar 14,083 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Mohd Youzaimi mendapat 17,760 undi dalam pertembungan tiga penjuru di DUN berkenaan yang sebelum merupakan kerusi tradisi MIC.

Calon PH, Md Yusof Dawam mendapat 1651 undi, Muhamad Ameerul Muhamad dari Perikatan Nasional (PN) pula mendapat 3,677 undi.

Kemenangan Mohd Youzaimi itu sekali gus melunaskan cabaran daripada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang sebelum ini mahukan BN menebus semula kerusi tradisi tersebut dengan peningkatan majoriti tiga kali ganda.

​Sebagai rekod, kerusi DUN Tenggaroh sebelum ini ditandingi oleh rakan komponen BN daripada MIC, namun hanya dimenangi dengan majoriti kecil.

​Dengan keputusan tersebut, DUN Tenggaroh kini sah sebagai kubu kuat mutlak BN dengan lonjakan sokongan padu yang drastik pada PRN Johor kali ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN