JOHOR BAHRU – Penyandang kerusi, Alwiyah Talib menang mudah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau selepas beliau menewaskan dua lawannya dengan majoriti 3,078 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Alwiyah yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) mendapat 8,509 undian, calon Pakatan Harapan (PH), Saiful Nizam Samat mendapat 2,302.
Calon Parti Orang Asli Malaysia (ASLI), Jati Awang mendapat 370 undian, manakala calon Perikatan Nasional (PN), Hasnul Hakimi Hussin mendapat 5,431 undian.
Kemenangan ini mencuri tumpuan selepas Alwiyah, yang sebelum ini memenangi kerusi berkenaan atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat keputusan menyertai UMNO bagi mempertahankan DUN Endau di bawah bendera BN pada pilihan raya kali ini.
Dengan keputusan rasmi tersebut, strategi BN meletakkan semula Alwiyah terbukti berjaya memastikan DUN Endau yang terletak di bawah kawasan Parlimen Mersing kekal di bawah penguasaan beliau dengan majoriti selesa. – KOSMO! ONLINE















