fbpx
Ahmad Syarie dan Sahruddin

PRN Johor: Penyandang Bukit Kepong diasak, BN di hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PAGOH – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Datuk Dr. Sahruddin Jamal (Perikatan Nasional – Bersatu) berada di belakang dalam kiraan undi tidak rasmi apabila hanya mengumpul 174 undi setakat pukul 7.12 malam.

Calon Barisan Nasional (BN), Ahmad Syarie Yusof kini mendahului saingan dengan 559 undi, manakala calon Pakatan Harapan (PH), Subramani Chami mencatat 451 undi.

Kiraan awal itu melibatkan 1,184 undi yang telah dikira setakat ini, dengan BN merekodkan 47.21 peratus undi, diikuti PH (38.09 peratus) dan Perikatan Nasional (PN) sebanyak 14.70 peratus.

Sahruddin yang juga bekas Menteri Besar Johor mempertahankan kerusi berkenaan dalam saingan tiga penjuru bersama Ahmad Syarie dan Subramani.

Seramai 37,683 pengundi berdaftar layak mengundi bagi DUN Bukit Kepong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN