fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat landa Johor, KL hingga petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda beberapa negeri termasuk Johor sehingga pukul 3 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dijangka berlaku di seluruh Johor, selain beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Di Kedah, kawasan terlibat ialah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Perak pula membabitkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk serta Hilir Perak, manakala di Pahang melibatkan Bera dan Rompin.

Bagi Selangor, kawasan terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi satu jam.

“Amaran ini merupakan amaran jangka pendek yang sah bagi tempoh tidak melebihi enam jam untuk setiap keluaran,” katanya.

Orang ramai khususnya di Johor dan kawasan yang terlibat dinasihatkan supaya berwaspada serta mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN