fbpx
ANNE dan Mohd Sumali menunjukkan kedua-duanya tangan yang telah celup dengan dakwat selepas membuang undi di SMK Sri Tanjung, Benut, Pontian, hari ini. - Foto oleh MUHAMMAD ZIKRI

PRN Johor: Anne Ngasri setia iringi suami mengundi sebagai calon BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Kehadiran pelakon terkenal, Datin Anne Ngasri mencuri perhatian apabila mengiringi suaminya, calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, Datuk Mohd. Sumali Reduan menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.

Mohd. Sumali tiba di Pusat Pengundian (PPU) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Tanjung, Benut kira-kira pukul 8.30 pagi bersama Anne yang tampil anggun mengenakan baju kurung berwarna hijau dan biru, manakala beliau berbaju putih.

Mohd. Sumali yang juga Setiausaha Kerja UMNO buat pertama kali bertanding dalam pilihan raya negeri selepas dipilih menggantikan penyandang kerusi DUN Benut, Datuk Ir. Hasni Mohamed.

Beliau berdepan calon Pakatan Harapan (PH) daripada Amanah, Abdul Razak Ismail yang juga Ketua Pemuda Amanah Kawasan Kulai.

Ketika ditemui selepas selesai mengundi, Mohd. Sumali berkata, pengalaman kali ini cukup bermakna kerana buat pertama kalinya beliau mengundi dirinya sendiri sebagai calon.

“Alhamdulillah, saya selesai menjalankan tanggungjawab hari ini bersama Anne. Selepas ini saya akan meneruskan lawatan ke beberapa lagi pusat pengundian di sekitar Parlimen Pontian,” katanya.

Pada PRN Johor 2022, kerusi DUN Benut dimenangi Datuk Ir. Hasni Mohamed yang memperoleh 10,896 undi, menewaskan calon daripada Bersatu, PKR dan Pejuang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN