fbpx
Tangkap layar kejadian yang berlaku awal pagi tadi.

[VIDEO] Pemandu cabut lari dalam gelap, tinggal ‘pistol mainan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Seorang suspek berjaya meloloskan diri selepas kenderaan Toyota Vios yang dipandunya dikejar dari Bulatan Mawar, Pandan Indah hingga ke Jalan Dato’ Dagang, Kampung Sungai Ramal di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 pagi itu, anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya cuba memeriksa sebuah Toyota Vios berwarna putih dan sebuah Toyota Hilux yang berada dalam keadaan mencurigakan di Bulatan Mawar.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kedua-dua kenderaan terbabit bertindak melarikan diri secara agresif sebaik diarahkan berhenti.

“Suspek turut melanggar pembahagi jalan dan memandu melawan arus dari Plaza Tol Batu 9 hingga ke Plaza Tol Batu 11 Cheras. Susulan itu, bantuan MPV dari IPD Ampang Jaya dan IPD Kajang digerakkan bagi mengesan kedua-dua kenderaan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kira-kira pukul 4.18 pagi, Toyota Vios itu berjaya disekat di Kampung Sungai Ramal, namun suspek melarikan diri dalam keadaan gelap.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemui satu objek menyerupai pistol mainan. Semakan lanjut turut mendapati Toyota Vios berkenaan menggunakan nombor pendaftaran palsu,” ujarnya.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN