fbpx
Rosman Mohd Nordin

Ketua Bersatu Bukit Bintang, 150 ahli keluar parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bukit Bintang, Rosman Mohd Nordin bersama barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian mengumumkan peletakan jawatan dan keluar daripada parti berkuat kuasa hari ini.

Menerusi satu kenyataan, keputusan itu dibuat secara sukarela selepas melalui pertimbangan sewajarnya.

Menurut kenyataan itu, hanya seorang AJK Bahagian memilih meletakkan jawatan daripada jawatan disandang, namun kekal sebagai ahli Bersatu.

Dalam perkembangan sama, Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bukit Bintang turut melepaskan jawatan dan menamatkan keahlian, manakala Naib Ketua Srikandi bersama AJK Srikandi mengambil keputusan sama dengan meninggalkan parti.

Selain kepimpinan bahagian, seramai 150 ahli Bersatu Bahagian Bukit Bintang turut mengumumkan penamatan keahlian mereka berkuat kuasa hari ini.

Tindakan itu menyusuli keputusan terdahulu pada pertengahan Februari lalu apabila 150 Ahli Bersekutu Bersatu Bahagian Bukit Bintang turut mengumumkan keluar daripada parti.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memperincikan sebab peletakan jawatan serta tindakan keluar parti berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN