fbpx
NUR SYAFIQAH (dua, kanan) bersama adik-beradiknya kini memikul tanggungjawab menjaga Muhammad Harith yang menghidap sindrom Down serta autisme.

‘Kasih sayang kami hanya untuk Harith’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – “Kami tidak pernah anggap adik bongsu ini sebagai beban, sebaliknya dia adalah amanah paling besar yang ditinggalkan.”

Demikian luahan Nur Syafiqah Mohd. Khair, 25, anak kedua pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Jalan Lipis-Merapoh berhampiran pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Ben­ta pada 7 Julai lalu.

Nur Syafiqah berkata, kehila­ngan serentak bapanya, Mohd. Khair Zainudin, 55, dan ibunya, Norzaili Khalil, 49, amat sukar diterima, lebih-lebih lagi apabila mereka kini perlu memikul tanggungjawab membesarkan adik bongsu mereka, Muhammad Harith Syauqi, 3, yang menghidap sindrom Down dan autisme.

“Ibu pesan kalau dia sudah tiada tolong jaga adik. Jangan bergaduh sesama sendiri dan jangan abaikan dia.

“Ia amanah yang perlu kami tunaikan walaupun hati masih remuk dengan kehilangan mereka,” katanya ketika ditemui di Felda Lurah Bilut di sini.

Nur Syafiqah berkata, keba­nyakan urusan harian Harith di­pikul oleh adik-adiknya, Siti Qhadijah Husna, 19, dan Nur Syafina Syaqira, 22.

“Harith masih belum memahami pemergian ibu serta ayah. Setiap malam dia tunggu ibu dan ayah balik,” katanya.

Menurut Nur Syafiqah, mereka juga memberi tumpuan kepada adik keenam mereka, Siti Al Aisyah Humaira, 8, untuk meneruskan persekolahan.

“Dialah yang banyak pujuk kami apabila kami menangis,” kata­nya.

Nur Syafiqah berkata, keluarganya bersyukur sekiranya ada pihak yang sudi membantu.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam, 0604 6024 0849 64 atas nama Nur Syafina Syaqira atau menghubungi talian 011-1423 6480. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN