fbpx
Polis bawa dua individu ditahan ke lokasi penemuan mayat di sebuah rumah kedai Jalan PJS 8/2, Bandar Sunway malam tadi.

Dua ditahan, lelaki maut dibunuh di hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga tempatan ditemukan maut dipercayai dibunuh di sebuah hotel di Sunway Mentari di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan mangsa yang tidak sedarkan diri pada pukul 11.23 malam sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, polis menemukan satu susuk tubuh lelaki dalam keadaan tidak bernyawa dipercayai telah meninggal dunia.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada tubuh badan si mati. Siasatan awal mendapati mangsa merupakan lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, beberapa barangan turut dirampas di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

Katanya, bedah siasat yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya semalam mengesahkan punca kematian mangsa akibat ‘multiple blunt impacts to the body’.

“Polis turut menahan dua lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an dan 20-an bagi membantu siasatan. Kedua-dua suspek mempunyai beberapa rekod lampau.

“Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek telah dibenarkan selama tujuh hari sehingga 16 Julai ini,” katanya.

Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengesan suspek lain sedang dijalankan. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Fandhi Fatullah Abu Bakar di talian 014-6303090 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN