fbpx
Tangkap layar video yang dimuat naik di Threads oleh Yayinn1407.

[VIDEO] ‘Mat rempit’ bawah umur buat bising di kawasan perumahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan remaja bawah umur yang menjadikan jalan raya utama di sebuah kawasan perumahan sebagai litar lumba haram menerima kecaman apabila mengganggu ketenteraman penduduk sekitar.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads oleh Yayinn1407, suasana di hadapan kediamannya dipenuhi sekumpulan remaja yang bukan sahaja menunggang motosikal secara berbahaya dan bermain basikal lajak, malah sering mencetuskan pergaduhan sesama sendiri pada waktu malam.

“Suasana malam depan Residensi Alamanda dan Nestcity Bangsar. Budak-budak bawah umur merempit, main basikal lajak pastu bergaduh kat situ. Sebelum ni suami saya pernah nampak ada budak merempit langgar cermin sisi kereta yang parkir kat situ,” katanya pada hantaran tersebut.

Menurutnya, penduduk di sekitar telah melakukan aduan beberapa kali kepada pihak polis, namun seolah-oleh tiada tindakan yang dilakukan kerana kejadian ini telah kerap terjadi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk di sekitar kawasan tersebut kerana remaja-remaja tersebut hanya giat melakukan aktiviti itu pada waktu malam.

“Bahaya betul kalau ada perempuan yang jalan kaki lalu kawasan tu pada waktu malam. Takut diganggu walaupun mereka masih bawah umur tapi kalau ramai macam tu seram juga,” ujar Akudiraf.

“Saya pun stres tengah-tengah pagi nak tidur terjaga sebab dengar bunyi motor diorang yang bingit tu,” kata Ainoonono. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN