fbpx
Mohd. Misuari (empat dari kiri) memeriksa kenderaan pada Ops Khas Pewa dan Ops Bersepadu Dadah di Stesen Penguat Kuasa, JPJ Laloh di sini hari ini.

Simpati, kasihan alasan pinjamkan kenderaan kepada Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KRAI – Simpati dan kasihan dengan nasib etnik Rohingya yang tiada pengangkutan semasa bekerja di Kelantan merupakan antara alasan yang diberikan oleh rakyat tempatan untuk menyewa dan memberi pinjam kenderaan mereka kepada golongan tersebut.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd. Misuari Abdullah berkata, siasatan mendapati, alasan tersebut sering digunakan oleh pemilik selepas kenderaan mereka yang dinaiki oleh warga asing menerusi Ops Khas Pemandu Warga Asing (Pewa).

Katanya, pemilik kenderaan yang terdiri daripada rakyat tempatan juga memperoleh bayaran daripada etnik Rohingya yang menyewa kenderaan dengan mereka.

“Alasan yang sering diberikan pemilik kenderaan adalah mahu membantu pekerja asing atas faktor simpati selain menyewakan kenderaan bagi mendapatkan bayaran.

“Ada pemilik kenderaan memaklumkan mereka kasihan dengan nasib pekerja yang merupakan warga asing. Pekerja mereka perlu beli makanan, pulang ke rumah dan datang semula untuk bekerja setiap hari.

“Bagi memudahkan urusan, mereka memberi pinjam atau sewakan kenderaan kepada golongan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita pada Ops Khas Pewa dan Ops Bersepadu Dadah terhadap kenderaan perdagangan di Stesen Penguat Kuasa, JPJ Laloh di sini hari ini.

Mohd. Misuari memberitahu, siasatan mendapati, warga asing terutamanya etnik Rohingya menggunakan nama orang tempatan untuk membeli kenderaan tertentu.

Menurutnya, setakat ini, seramai 34 warga tempatan sudah didakwa di mahkamah atas pertuduhan memberi pinjam atau menyewakan kenderaan kepada etnik Rohingya yang berada di negeri ini sejak tiga tahun lalu.

“Daripada jumlah itu ada yang dikenakan kompaun atau denda sehingga RM34,000. Justeru, tindakan penguatkuasaan diteruskan bagi bagi memastikan pemilik kenderaan tidak sewenang-wenangnya membenarkan warga asing tanpa kelayakan menggunakan kenderaan di jalan raya.

“Sejak operasi dijalankan, kes berulang semakin berkurangan, namun kebanyakan kes melibatkan warga asing yang baru mendapat pekerjaan dan mula menggunakan kenderaan.

“Sebanyak 188 buah kenderaan telah diambil tindakan menerusi Ops Pewa dalam tempoh enam bulan sepanjang tahun ini. Daripada jumlah itu, sebanyak 176 buah kenderaan sudah disita dan 749 notis saman dikeluarkan,” ujarnya.

Beliau berkata, pemilik kenderaan yang didapati membenarkan warga asing memandu kenderaan mereka akan dipanggil untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN