fbpx
Shazeli menunjukkan bungkusan bunga ganja yang dirampas pada sidang akhbar di Mes Pegawai Kanan IPK Selangor. FOTO: AFIQ RAZALI

Suami isteri ditahan, rampas bunga ganja RM13.34 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sepasang suami isteri antara lima individu yang ditahan selepas terlibat dalam pengedaran dadah jenis bunga ganja dalam empat operasi berasingan, baru-baru ini.

Kesemua suspek termasuk dua warga asing berusia 25 hingga 40 tahun ditahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sebuah kondominium di Kota Warisan di Sepang pada 29 Jun hingga 4 Julai.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, sepanjang serbuan itu sebanyak 313 bungkusan berisi bunga ganja dengan berat keseluruhan 166.2 kilogram dirampas yang bernilai RM13.34 juta.

Katanya, siasatan mendapati kesemua suspek daripada sindiket berasingan dengan bunga ganja itu adalah untuk pasaran di benua eropah.

“Berdasarkan siasatan mendapati pasangan suami isteri berkenaan telah terlibat dalam pengedaran dadah sejak dua tahun lalu.

“Melaluinya, kita turut menyita sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang digunakan bagi pengedaran bahan terlarang itu,” katanya pada sidang akhbar di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini

Beliau berkata, semakan mendapati tiga suspek tempatan yang ditahan mempunyai rekod lampau.

Malah katanya, dua daripada mereka juga positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine serta tetrahydrocannabinol (THC).

“Dua warga asing pula masing-masing dari sebuah negara di eropah dan ASEAN. Mereka memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial,” jelasnya.

Jelas Shazeli, kesemua mereka kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN