fbpx
Gambar hiasan.

PRN Johor: Polis buka 22 kertas siasatan, terima 73 laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Polis Johor telah membuka 22 kertas siasatan daripada 73 laporan polis yang diterima berkaitan pelbagai kesalahan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sehingga semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, daripada jumlah itu, empat kertas siasatan baharu dibuka susulan 17 laporan polis yang diterima antara Selasa hingga semalam.

Menurutnya, satu daripada kertas siasatan tersebut dijalankan mengikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan.

“Selain itu, satu lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membabitkan kesalahan fitnah serta penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

“Dua lagi kertas siasatan pula dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat sehingga menyebabkan kehilangan atau kerugian harta benda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam perkembangan sama, Ab Rahaman berkata, polis menerima sebanyak 4,368 permohonan permit bagi penganjuran ceramah dan aktiviti kempen politik di seluruh Johor sepanjang tempoh 27 Jun hingga semalam.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 4,053 permohonan telah diluluskan selepas memenuhi syarat yang ditetapkan.

“Bagi tempoh dua hari kebelakangan ini sahaja, polis menerima 884 permohonan permit dengan 838 daripadanya diluluskan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN