fbpx
Gambar hiasan.

Skim Lindung 24 Jam bukan mandatori berkuat kuasa serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan caruman bagi Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (Lindung 24 Jam) bukan bersifat mandatori.

Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, sebaliknya caruman itu dilaksanakan secara sukarela, berkuat kuasa serta-merta.

Jelasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Jemaah Menteri telah membangkitkan maklum balas yang diterima berhubung pelaksanaan caruman sebanyak 0.75 peratus daripada gaji pekerja bagi Lindung 24 Jam di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Justeru, Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan bahawa caruman tersebut tidak lagi bersifat mandatori, sebaliknya dilaksanakan secara sukarela, berkuat kuasa serta-merta.

“Kenyataan lanjut berhubung keputusan ini akan diterbitkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, kadar caruman bagi Skim Lindung 24 Jam itu adalah jauh lebih rendah berbanding kebanyakan produk insurans yang ada di pasaran.

Katanya, kadar caruman sebanyak 0.75 peratus itu perlu dilihat sebagai pelaburan kecil bagi mendapatkan perlindungan menyeluruh dan bukannya sebagai beban kepada pencarum.

Skim berkenaan diwujudkan bagi melin¬dungi pekerja serta keluarga mereka sekiranya berlaku kemalangan atau musibah di luar waktu bekerja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN