fbpx
TANGKAP layar menunjukkan seorang pekerja ladang diangkut dengan dron ke tempat kerja. - TikTok

Pekerja ladang diangkut dron ke tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah video memaparkan seorang pekerja ladang diangkut menggunakan dron  untuk pergi dan balik dari tempat kerja, kini tular dan menjadi bualan hangat netizen, lapor halaman berita CNN Indonesia.

Video tersebut pertama kali dimuat naik oleh akaun TikTok @mbahkaruhon.tiktok.com1. 

Pemilik akaun berkenaan, Budianto, 47, yang juga merupakan Pengarah PT Bina Tani Makmur Jombang, mengesahkan kejadian  berlaku di sebuah kawasan ladang miliknya di Merakurak, wilayah  Jawa Timur, baru-baru ini.

Dalam rakaman yang tular, pekerja berkenaan sempat merakam video sendiri ketika badannya tergantung pada seutas tali yang diikat pada sebuah dron pertanian berkapasiti besar yang sedang terbang tinggi.

Menurut keterangan pada video tersebut, dron itu digunakan khusus untuk menghantar pekerja ladang pulang ke kawasan tempat letak kenderaan yang terletak agak jauh, iaitu sekitar 1.5 kilometer dari kawasan operasi ladang.

Budianto mengesahkan bahawa dron dalam video adalah milik syarikatnya. 

Bagaimanapun, dia menyatakan bukan dirinya yang menaiki dron dalam video berkenaan.

“Bukan saya yang naik dron itu. Yang diangkut dengan dron itu ialah ketua pekerja kawasan. Dia adalah rakan kongsi saya,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN