fbpx
MAULANA HELMI (kanan) ketika mengulas sikap segelintir kelompok yang suka mengaitkan sebarang kejadian dengan teori akhir zaman.

Elok juga pasukan tertentu kalah pagi tadi – Maulana Helmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kekalahan Portugal 0-1 kepada Sepanyol dalam perlawanan Piala Dunia 2026 pagi tadi menolak ‘teori konspirasi’ yang kuat didendangkan oleh kelompok tertentu sejak permulaan temasya terbesar itu.

Malah perkara tersebut mendapat perhatian Maulana Helmi atau Datuk Cik Wan Helmy Wan Mohamed melalui hantaran di laman Facebook beliau.

Beliau berkata, kekalahan pasukan tertentu tersebut setidak-tidaknya berjaya menolak teori atau rumusan sendiri oleh kelompok yang obses mengaitkan setiap kejadian dengan teori tertentu.

“Elok juga pasukan tertentu itu kalah awal setidaknya dapat menolak teori dan rumusan sendiri kelompok tertentu yang obses mengaitkan setiap kejadian dengan teori akhir zaman ciptaan sendiri. Agama Islam bukanlah agama ramalan,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial memuat naik kandungan video mengatakan bahawa Portugal bakal menjuarai Piala Dunia 2026 selain mengaitkan iluminati serta ‘sang dajal’ bakal diangkat dalam Piala Dunia kali ini.

Dalam perlawanan pagi tadi, Mikel Merino muncul wira Sepanyol apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan untuk menewaskan Portugal 1-0 sekali gus membawa La Roja mara ke suku akhir Piala Dunia 2026.

Kekalahan itu sekali gus menamatkan perjalanan Portugal, selain menjadi penutup kepada karier Piala Dunia Ronaldo yang mengakhiri kejohanan dengan rekod 11 gol dalam 27 penampilan serta mencipta sejarah sebagai pemain pertama menjaringkan gol dalam enam edisi Piala Dunia berturut-turut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN