fbpx
Gambar hiasan

Aduan terhadap wartawan perlu dirujuk kepada Majlis Media Malaysia – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebarang aduan terhadap wartawan daripada organisasi media yang diiktiraf tidak lagi akan membawa kepada tindakan automatik, sebaliknya perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Media Malaysia (MMM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mekanisme itu diwujudkan bagi memastikan setiap tindakan terhadap pengamal media dibuat secara adil, telus dan bebas, selain mengelakkan wartawan diheret ke dalam siasatan atau pendakwaan tanpa penelitian sewajarnya.

Menurut beliau, wartawan tidak seharusnya dikenakan tindakan semata-mata kerana terdapat aduan daripada mana-mana pihak, sebaliknya MMM akan bertindak sebagai badan semakan awal sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Tidak ada undang-undang di dunia yang memberi kebebasan mutlak kepada semua media untuk menyatakan apa sahaja. Perdana Menteri dan pengamal media masing-masing terikat dengan undang-undang.

“Tetapi saya setuju, jangan heret wartawan dengan mudah dalam kes-kes yang hanya dianggap mengkritik jabatan kerajaan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, penubuhan MMM bertujuan mewujudkan mekanisme kawal selia kendiri yang lebih profesional dalam mengendalikan aduan terhadap media.

“Kalau ada keterlanjuran oleh media, perkara itu dirujuk kepada MMM. Ia tidak lagi secara automatik membawa kepada siasatan atau pendakwaan kerana proses sekarang perlu melalui MMM terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan diambil,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN