fbpx
Gambar hiasan

Cuaca buruk dijangka landa beberapa negeri hingga tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Labuan hingga pukul 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Perak (Bagan Datuk dan Hilir Perak).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Selangor (Sabak Bernam dan Kuala Selangor), Negeri Sembilan (Port Dickson) dan Melaka,” katanya.

Di Sarawak, cuaca buruk dijangka turut melanda Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Kapit) dan Bintulu.

Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Tawau dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).

Cuaca buruk itu dijangka berlaku di seluruh Labuan.

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN