fbpx
TANGKAP layar menunjukkan motosikal dan kereta saling merempuh antara satu sama lain. - AGENSI

Siapa gagah? Kereta, motosikal ‘saling menyondol’ di Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Gara-gara enggan bertolak ansur, satu kejadian menyaksikan seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta saling merempuh kenderaan sesama sendiri di Bali, tular dan menjadi bualan hangat netizen, lapor agensi berita Jawa Pos Radar Kediri.

Menerusi rakaman video yang tersebar luas di media sosial, kedua-dua pemandu dilihat bertembung dari arah bertentangan dan langsung tidak mahu berganjak untuk  memberikan laluan.

Situasi tegang itu melarat apabila mereka mula bertindak agresif dengan sengaja melanggar kenderaan satu sama lain berulang kali. 

Tindakan melampau itu dilakukan di tengah-tengah jalan raya sehingga menarik perhatian orang ramai dan penduduk sekitar.

Bagaimanapun,  situasi tersebut tidak berlarutan menjadi lebih parah. 

Meskipun suasana tegang, mereka dilaporkan tidak melakukan sebarang serangan fizikal atau pergaduhan berdarah sebelum bersurai begitu sahaja.

Setakat ini, pihak berkuasa belum dapat memastikan kronologi lengkap serta punca utama yang mencetuskan perselisihan di tengah jalan raya itu.

Insiden tersebut mengundang pelbagai reaksi kalangan warga netizen. 

Rata-rata,  netizen mengecam sikap ego kedua-dua pemandu yang disifatkan mementingkan diri sendiri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN