fbpx
Rohimah mengandar durian menuruni kebunnya yang terletak di atas Bukit Durian Ayam, Lingai, Kuala Nerus semalam.

Warga emas galas durian 100kg turun puncak bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Biarpun sudah dimamah usia, dua wanita warga emas tetap gigih melakukan kerja menggalas durian sehingga lebih 100 kilogram (kg) setiap trip dari kebun yang terletak di atas Bukit Durian Ayam, Lingai di sini.

Wan Minah Wan Deraman, 75, dan Rohimah Dollah, 63, menjadikan rutin mengerah kudrat fizikal untuk membawa turun durian yang dipungut dari kebun mereka yang terletak puncak bukit setinggi kira-kira 300 meter.

Rohimah berkata, sepanjang musim durian ini, dia sudah mendaki bukit untuk memungut buah gugur seawal pukul 7 pagi.

“Biasanya setiap hari, saya akan bawa turun durian yang gugur dalam tiga trip, kena pikul sendiri kerana kenderaan tidak boleh memasuki ke dalam kebun.

“Saya akan mengandar lebih 100kg durian bagi setiap trip. Penat memang penat, tapi alah bisa tegal biasa,” katanya ketika ditemui di kebun duriannya di Bukit Durian Ayam, Lingai di sini semalam.

Rohimah berkata, dia sudah biasa mengandar durian dari puncak bukit sejak remaja dan hampir 300kg durian yang dibawa turun setiap hari laris dijual sama ada secara runcit mahupun borong.

Biarpun sudah berusia, Wan Minah masih mampu mengandar 70kg durian pada satu-satu masa.

Sementara itu, Wan Minah berkata, tugas mengandar durian perlu dilakukan secara berhati-hati memandangkan sebahagian laluan menuruni bukit itu agak curam dan licin terutama selepas hujan.

“Kudrat saya pun tidak se­perti waktu muda. Pada usia 70-an sekarang, saya hanya mampu mengandar maksimum 70kg durian pada satu-satu masa.

“Kalau banyak durian gugur, terpaksa saya turun naik ke kebun banyak kali pada hari itu,” ujarnya.

Katanya, penat lelah mengandar durian terubat apabila raja buah itu sudah ditunggu pelanggan atau peraih sebaik mereka tiba di kaki bukit.

Menurutnya, dia menjual selonggok durian yang mempunyai purata lima atau enam biji pada harga RM50.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN